Seandainya kita dianugerahkan ALLAH cahaya mata 'penimang hati' samada putera ataupun puteri maka kita memohon semuga dikurniakan 'zuriatan shalihatan' yaini keturunan yang baik-baik. Oleh itu menjadi kewajipan ibu dan ayah memberi nama yang baik-baik.
Wahai anak perempuanku,Rasulullah pernah bersabda,
"Sekuntum bunga harum semerbak kita cium, sedang rezekinya telah dijamin oleh ALLAH swt".
Sungguh berbahagia kalau bunga wangi itu menjadi milik kita. Sebenarnya tidak kira lelaki atau perempuan kedua-duanya sama saja bagi kita menerima anugerah yang tidak terperi nilainya itu.
Wahai anakku, sakit ibu ketika hamil tidak ibu hiraukan meskipun bergelut dengan sang maut namun ibu relakan kerana darahmu adalah darah merah dari pembuluh darahku juga. Kaulah anak yang telah tercipta dan bernyawa dalam rahim ibu.
Disini ibu wasiatkan padamu sebagai panduan dan pegangan sandarkanlah wasiat ini dengan kalimah INSYAALLAH, semuga diizinkan ALLAH untuk kau laksanakan.
Anakku,
Dalam hidupmu ibu memohon agar kau redha terhadap apa jua ketetapan yang ALLAH takdirkan keatasmu. Jangan diratapi dan ditangisi kalau ibu telah tiada lagi didunia ini. "Jalan yang ditempuh oleh kehidupan ini laksana samudera yang penuh ombak dan gelombang" begitulah kata Luqmanul Hakim.
Didalam kitab telah nyata diterangkan dunia ini adalah negara bala dan ujian. Sekiranya merasa susah dan derita dalam memperjuangkan ajaran agama ALLAH yang suci, kau berhiburlah anakku dengan apa yang difirmankan oleh ALLAH :
"ALLAH telah melebihkan orang yang berjuang itu diatas orang yang duduk beribadat dengan pahala yang amat besar"
( surah An Nisa )
Wahai anakku,
Ibu tidak dapat meneka samada setelah kau dewasa kelak kau akan muncul ditengah-tengah masyarakat sebagai ahli filosof agama atau yang lebih hebat dari itu, atau mungkin kau akan menjadi seorang tokoh politik dalam dunia Islam yang berapi-api menentang kezaliman dengan lidah dan tangan untuk membenteras penjajahan jasmani dan rohani.
Atau mungkin kau berpuas hati dengan hanya menjadi ahli pendidik agama yang berpegang kuat kepada ideologi Islam iaitu IMAN, ILMU dan AMAL.
Atau mana tahu anakku, kau menjadi seorang pujangga yang berkaliber dalam menerokai bidang sastera Islam seperti Omar Khayam atau Mohammad Iqbal.
Seribu atau lebih lagi antaranya menantimu dihadapan tetapi yang utama bagi ibu kau dapat mencapai mercu kejayaan dalam segenap usaha demi menegak dan mempertahankan syiar Islam.Itulah pokok bagi keseluruhan cita-cita ibu
P/s: Modal Anda RM10 Sahaja Seumur Hidup!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar